Pengenalan

Pengenalan

Menurut Misroni ( 2000 : 94 ), faktor penghijrahan penduduk Asia Barat, benua India, China dan Siam telah membawa bersama budaya mereka dan tukang – tukang khusus dalam pelbagai kesenian, tinggal menetap di negara ini dan bergaul dengan penduduk tempatan. Di sinilah bermulanya daya kreativiti dan penciptaan peralatan muzik tradisinal diantaranya seperti rebab, kompang, rebana dan sebagainya.

Profesor Madya Tan Sooi Beng & Patricia Matusky ( 1997 : 43 ) pula menyatakan bahawa, sejarah perkembangan muzik Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga zaman mengikut tiga zaman penting dalam sejarah Malaysia : zaman sebelum penjajahan British yang memperlihatkan kewujudan muzik rakyat dan klasik : zaman penjajahan British yang memperlihatkan pengenalan muzik popular pertama : dan zaman selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia yang memperlihatkan kemunculan seni dan muzik popular Malaysia”

Dalam konteks muzik di Malaysia, menurut Profesor Madya Tan Sooi Beng & Patricia Matusky ( 1998 : 2 – 3 ), muzik di Malaysia dikategorikan kepada lima kategori iaitu :

( i ) Muzik Klasik – Ia melibatkan muzik yang berkait dengan kawasan bandar atau istana. Tradisi muzik klasik itu biasanya diketahui oleh sebahagian sahaja komuniti tertentu. Contoh muzik ini seperti joget gamelan, gamelan Jawa dan nobat.

( ii ) Muzik Rakyat – Terdapat di kalangan masyarakat desa dan komuniti petani. Ia merupakan pengucapan biasa dan tidak mudah berubah – ubah kerana dipercayai bahawa muzik rakyat mencerminkan dengan tepat nilai dan dasar kebudayan di mana ianya wujud. Contohnya muzik seperti dikir barat yang popular di Kelantan, rodat ( Terengganu ), cak lempung ( Negeri Sembilan ) dan sebagainya..

( iii ) Muzik Sinkretik – Ia kerap kali terdapat dalam budaya bandar, dapat juga didengar di kawasan desa yang mana unsur – unsur asli daripada muzik rakyat dan klasik digabungkan dengan unsur – unsur luar seperti muzik Arab, India, Cina, Portugal dan lain – lain negara barat. Ia juga juga bersifat fleksibal dari segi perubahan dan penyerapan unsur-unsur seperti alat muzik, melodi, tekstur, skel, tema dan bahasa senikata. Cara persembahan pula berasal dari pelbagai sumber seperti rentak zapin, inang, masri, joget, muzik dondang sayang, ghazal dan keroncong.

( iv ) Muzik Popular – Ia adalah muzik komersial yang disebarkan melalui media massa iaitu piring hitam, radio, video, TV yang mana ia mengutamakan alat muzik barat dan ciri-ciri muzik barat. Muzik ini fleksibel dari segi penyerapan unsur-unsur muzik yang berasal daripada pelbagai sumber. Muzik ini selalu berubah dalam jangka masa yang pendek dan wujud seketika sahaja.

( v) Muzik Seni Kontemporari – Ia merujuk kepada muzik yang berasaskan ciri-ciri muzik barat yang mengutamakan alat-alat muzik barat atau gabungan alat dan ciri muzikal barat serta tempatan. Ia juga mempunyai asas teori dan menonjolkan ciri-ciri kehalusan serta profesional dan ditulis dengan sistem notasi tertentu.

Muzik sinkretik yang menggabungkan unsur – unsur muzik luar dan tempatan memberi makna kepada kita bahawa proses muzik multi cultural yan ingin diperkenalkan di negara kita sebenarnya telah lama diimplementasikan dalam konteks muzik di negara ini. Contohnya beberapa lagu asli yang mengandungi frasa yang didapati dalam muzik rakyat Cina seperti lagu Mas Merah, manakala lagu Seri Mersing pula mempunyai frasa melodi dari Timur Tengah. ( Tan Sooi Beng & Matusky P. 1998 : 71 )

Contoh lain seperti muzik joget yang dipercayai wujud pada abad ke – 16 semasa penjajahan Portugis di Melaka. Ianya adalah muzik sinkretik yang menggabungkan ciri – ciri muzik Portugis dan Melayu ( Tan Sooi Beng & Patricia Matusky ,1998 : 73 ). Ciri muzik ini didapati dalam muzik Portugal dan Sepanyol contohnya lagu Jingkly Nona. Zapin Melayu merupakan adaptasi zapin Arab yang menyerupai tarian Arab dari Hadhramaut yang berhijrah ke Asia tenggara pada abad ke – 19. Alat – alat muzik yang dimainkan sudah cukup jelas menggambarkan bahawa alat – alat muzik tersebut adalah berasal dari Asia Barat. ( Tan Sooi Beng & Matusky P., 1998 : 14 ).

0 ulasan:

Catat Ulasan