Sabtu, 6 Julai 2013

Pertandingan Pop Orkestra Patriotisme Kebangsaan 2013



SABTU 22 JUN 2013 - Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Pertandingan Pop Orkestra Patriotisme Kebangsaan 2013 yang telah berlangsung di Panggung Budaya, Komplek Muzik, Fakulti Muzik & Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim,Perak.

                 Pihak penganjur iaitu Fakulti Muzik & Seni Persembahan, UPSI dengan kerjasama bahagian ko-kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Persatuan Pancaragam Malaysia telah mengadakan pertandingan ini dan telah menarik minat 10 buah sekolah untuk berentap merebut gelaran juara. Dalam pertandingan tersebut, pasukan Orkestra Muda Bainun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Permaisuri Bainun telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam pertandingan ini. Pasukan ini telah membawa lagu Rock You Like A Hurricane dan Setia Malaysia yang telah digubah sepenuhnya oleh En. Faridz Roli. Sekolah ini juga telah mendapat anugerah vokal terbaik dalam pertandingan tersebut. Tempat kedua pula telah disandang oleh SMK Putrajaya Presint 11 (1).

Tahniah diucapkan kepada para pemenang !

1 ulasan:

  1. Betfair Casino St. Patrick | MapyRO
    Find all the available betting 삼척 출장안마 locations and open 군포 출장안마 울산광역 출장마사지 If you'd like to see similar places to bet on sports, we have compiled a list 양산 출장샵 of the best odds you'll 영천 출장마사지

    BalasPadam